Chairman Message
Assalamualaikum dan
salam sejahtera,
Salam kejayaan kepada semua warga Rashwealth Group dan
pengedar-pengedar sah syarikat. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
semua agen yang berdaftar di bawah syarikat Rashwealth Group dimana anda telah
membuat satu pilihan yang tepat. Di Rashwealth Group kami begitu yakin dan
bercita-cita untuk menjadikan syarikat ini sebagai satu platform terbaik bagi
rakyat Malaysia bebas dari masalah kesihatan dan bebas dari masalah kewangan. Buat
pengetahuan anda Rashwealth Group dimiliki 100% bumiputera Islam. Dengan
matlamat yang jelas kami mahu melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang
berjaya di dalam bidang ‘network marketing’ khususnya di kalangan Bumiputera
Muslim.
Industri perniagaan jualan langsung telah menyumbang hampir 12
billion setahun kepada pendapatan Negara kita. Sistem perniagaan seperti ini
semakin berkembang pesat disebabkan 2 faktor. Faktor yang pertama adalah faktor
kesihatan di mana ramai di antara rakyat Malaysia kini terdedah kepada pelbagai
jenis penyakit yang berbahaya. Jadi, di Rashwealth Group kami menawarkan
pelbagai jenis produk yang mampu meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia.
Kami juga dari semasa ke semasa melalui kumpulan kajian (RND) sentiasa berusaha
untuk menyediakan produk-produk yang bermutu tinggi dan berkesan kepada
pengguna. Faktor yang kedua adalah faktor ekonomi. Peningkatan taraf hidup di
Negara kita kian meningkat dari semasa ke semasa. Ramai diantara kita terutama
yang tinggal di bandar besar mula mencari sumber pendapatan kedua. Jadi, di
sini kami menawarkan satu sumber pendapatan kedua di mana rata-rata pengedar
Rashwealth Group boleh menjalankan perniagaan ini terpulang kepada keselesaan
maisng-masing. Rashwealth Group menawarkan satu sistem pelan perniagaan yang
mudah dan mampu disertai oleh semua golongan.
Ramai yang bertanya kepada saya apakah faktor kejayaan saya di
dalam membina perniagaan saya sebelum ini iaitu Karangkraf. Disini saya berikan
beberapa tips untuk anda berjaya dalam apa juga yang anda lakukan. Pertama,
anda haruslah meletakkan satu matlamat untuk apa sahaja pekerjaan yang anda
lakukan. Letakkan matlamat yang jelas dan biarlah matlamat kecil supaya mudah
anda merealisasikannya. Kedua, anda harus kerja, kerja dan kerja kuat jika
ingin berjaya. Dugaan dalam bidang perniagaan juga besar jika hendak
dibandingkan jika kita bekerja di bawah orang. Tetapi dugaan inilah yang
sebenarnya menguatkan jiwa dan diri anda untuk terus berjaya. Ketiga, setiap
kali ada yang menolak anda “rejection” anda harus membuat sedikit kaji selidik.
Mengapa pelanggan tersebut menolak produk anda? Mengapa pelanggan tersebut
tidak mahu menyertai anda dalam perniagaan ini? Anda harus membuat kajian
supaya anda tahu di mana kesilapan dan kelemahan anda.
Kami berbangga dengan usaha dan kerja keras semua yang terlibat
dalam memajukan syarikat Rashwealth Group.Saya akan memastikan semua agen akan
mencapai matlamat melalui strategi dan usaha yang berterusan. Setiap orang yang
berkaitan dengan Rashwealth Group akan menikmati hasil dari kejayaan syarikat
di mana kejayaan anda adalah kejayaan kami kerana kejayaan sesebuah syarikat
itu bukan hanya bergantung kepada pengurusan tetapi kepada setiap dan tiap-tiap
orang yang berkaitan dengan syarikat.
Saya bersungguh-sungguh, berharap & berdoa kejayaan semua
ahli keluarga di bawah naungan Rashwealth Group.Oleh itu, letakkan imaginasi
kepada satu kejayaan yang terulung di dalam hidup anda. Nyalakan api semangat
dan lebarkan sayap usaha anda untuk berjaya di dalam perniagaan ini. Kami
berjanji untuk memenuhi matlamat dan mengubah imaginasi anda menjadi realiti.
Sekian, terima kasih.
Reach For Your Soul, Reach For Your Goal.
Best Wishes & A Happy Future & Wishing Success in Your
Every Steps.
Datuk Nasir Hamzah.
Chairman,
Rashwealth Group Sdn.Bhd.
No comments:
Post a Comment